Home About Tips Info Recipes Quotes

Sakitnya !!!


ASSALAMUALAIKUM 




Sungguh menguji aku dua tiga hari ni . . Tak tido langsung aku semalam . . Memang sat lagi qadar balik laa . . Mula-mula aku batuk, lepas tuu tumbuh ulser pulak . . Bukan satu tapi dua weyhh !!! Bila dah ada ulser sakit pulak gigi . . 3 batang gigi yang sakit . . Aku tengok bibir aku pun dah tebal semacam ala-ala Angelina Jolie gitu >..<

Bila dah ada ulser nii aku nak makan ubat batuk pun tak boleh sebab sakit yang amat kot ! Memang tak tertelan ahhh . . Aku stop terus makan . . Macam mana laa orang yang berani taruk garam kat ulser tuu eh ?? Kalau aku memang dah meraung dahhh . .

Hal gigi pulak sebab baru nak tumbuh gigi bongsu . . Aku tak pernah tahu pun pasal gigi bongsu ni . . Kawan aku cerita 2 tahun lepas . . Setahun kemudian terus tumbuh gigi bongsu nii . . Tumbuh kanan kiri serentak . . Huishhh memang sakit ! Kawan aku cakap kalau tumbuh gigi bongsu nii boleh demam . . Takat ni aku tak demam lagi laa . . Aku pelik pulak gigi bongsu aku nii tak keluar penuh . . Baru keluar separuh . . Dah masuk setahun lebih kot . .

Nasib baik aku tak ada gigi berlubang . . Kalau tak lagi sakitt nak menanggung derita ni . . Tambah-tambah sekarang bulan puasakan . . So memang kurang laa nak minum air . . Kalau sakit sangat aku asyik gosok gigi je . . Orang cakap makruhkan ? Tapi aku terpaksa kot sebab tak tahan . . Bibir pun dah asek kering je . .

Mak aku lagi laa lawak subuh tadi . . Dia suruh aku letak susu kat ulser tuu . . Aku dah pelik masa tuu . . Tak akan laa mak aku lupa pulak puasa ?? Hee sabar je laa :)


Riak tanpa kita sedar


ASSALAMUALAIKUM 



Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berpuasa sehingga ke hari ini :)

Tak nak mukadimah panjang-panjang sebab nanti korang yang bosan kan . . Memandangkan sekarang dunia dah maju dan cara hidup pun dah moden ken . .Cuba kau tanya budak-budak zaman sekarang depa kenal tak TUJU KASUT/TUJU SELIPAR (walhal aku pun tak kenal ! Tau kewujudan ni pun lepas masuk matrik.HAHA)

Dan . .

Cuba pulak tanya MUKA BUKU dan BURUNG CHIT CHIT tuu depa kenai tidok . . (eh korang perasan tak nape dua-dua benda alah tu kaler biru haa?!)

Haa sekarang majoriti laa ramai yang ada facebook . . So kalau boleh semua nak hapdate kat dalam tuu . . Nasib baik tak ada orang post 
" SEKARANG AKU ADA TOILET ! NAK BUANG AIR" 
Nasib baikk kanng !

Oke dah merapu sampai situ . . Yang aku nak cerita sebenarnya . . .

Sekarang bulan puasa dah sepastinya ramai yang nak bercerita pasal terawih, berbuka . . Sebab bulan puasa kan sekali je dalam setahun . . So kiranya tak nak lepaskan peluang nak berkongsi laa . . Tapi ! Kita tak perasan yanggggggggggggggggggggg kita dah tambah perasaan riak kita . .!

Apa kata bila time puasa nii kita jaga tangan kita sekali ! Jangan mulut je sebab kita lebih banyakkk menggunakan tangan berbanding mulut bila berfesbuk dan bertwittering . . Ke ada yang nak taip sambil mulut berbunyi jugak >..<

Sekarang dah jadi trend kot buat macam ni (terutama kat twitter sebab boleh bermaharajalela tweet sesuka hati kau. Kalau kat facebook buat cam tu orang cakap nak mintak kaki) :

1) Done Terawih
2) Done baca Quran
3) Done baca Yassin
4) Done solat sunat hajat, dhuha and etc

Bagi aku rasanya tak patut laa kot nak tweet benda tuh . . Lebih afdal diam . . Takut nanti yang kita buat tuu bukan dari hati yang ikhlas . . Tak semua benda kita boleh share dalam laman sosial nii . .

Ingat satu ni je laa senang . . Lebih baik sedekah secara sembunyi dari terang-terangan . . Haa soo kita pakai konsep yang sama laa . . Cuba kau bayangkan ada orang citer macam kat macam ni "weyh ! Hari ni aku p sedekah kat masjid RM1000++" mesti dalam hati kau cakap meluat akuuu ! Nak tunjuk kat tuu kaya laaa !!! Kankankan betui dak ??!!!

Lagi satu ! 

Jangan laa kau duk post or tweet banyakkan ibadat di bulan mulia ini tapi kau tak buat ! Ye laa nak buat macam mana dah 24jam duk menghadap lappy . . Hak nii pun orang boleh rasa meluat . . Kalau nak post dan tweet jugak boleh aje tapi tok sah laa sampai nak heboh setiap hari, masa, jam dan saat . .

p/s : Maaff andaii ada yang terasa . . post ni aku tak ada laa nak tuju kat sapa-sapa just peringatan buat sapa-sapa yang pernah buat . . Setiap manusia melakukan kesilapan so kita cubalah berubah ke arah yang lebih baik di bulan yang mulia ini :D Happy Fasting !


Alhamdulillah, Rezeki Julai #1 :)


Assalamualaikum


Alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa :)
14 Julai dah sampai pun hadiah yang aku tunggu-tunggu dalam contest ini


identiti sebenar tuan tanah terpaksa dirahsiakan . . hekhekhek




Thanks sangat pada adik Iesyah untuk hadiah ni :D
Tengok donat tuu rasa nak makan pun ada . . kihkih
Haa Iesyah cakap ni hasil tangan mak dia tauu . .
Thanks jugak buat mak Iesyah :)
Akak suka sangat hadiah ni tau :D :D
Ingatkan ada dua hadiah tapi ada tiga . .
Lagi satu terselit kat bunga tu . .
Tak nak bukak plastik sebab sayang nak guna . . hikhik
Bukak yang donut ye sebab akak aku gegedik nak guna . .
Macamlaah dia punya . . sabor je laa >..<
Lupa laa pulak aku nak tanya Iesyah ni umur berapa . . sengal betui . . hee



14 Julai jugak bufday my mom :D
Rezeki dpt hadiah dan makan kek . . nyumnyum



Selamat Hari Jadi yang ke-49 ma !
May Allah bless you !
Hope all your wishes and dream will become true . .
You are superb and ohsem mom !
We Love You, Ma !
Muahmuahmuah ! Haha


Yeay ! Eiffel Tower Paris


Assalamualaikum


Hey hey hey !! Semalam kankanakn dapat khabar berita boleh pergi Eiffel Tower Paris . . Tak percaya ?? Percaya laa percaya laa !! Tak tipu ni . . Bagus laa sapa-sapa yang percaya . . Tapi itu hanya mimpi ku . . Insyaallah kemudian hari boleh pergi . . Hehehe .  . Ada sesapa mau bagi kaki kat aku . . ? Oke tak lawak !

Semalam kawan mak, Kak Ayu datang berbuka rumah kami . . Kebetulan hari tu Kak Ayu pergi Paris aku apalagi suruh laa Kak Ayu tangkap gambar Eiffel Tower . . Aku peminat tegar Eiffel Tower oke . . Series aku minat sangat ! Dari kecik lagi aku simpan angan-angan nak pergi sana lepas aku baca satu novel yang cerita pasal Paris ni . . Masa baca tu aku rasa macam duk kat Paris dah walhal duk ateh katil ja . . Kuikui . . Aku ingat lagi kata-kata kaunselor Osman Affan pernah cakap if kita simpan angan-angan tak mustahil kita dapat . . Masa dengar kisah beliau seriusly aku rasa teruja sangat . .

Haa pastukan Kak Ayu banyak sangat tangkap gambar kat Eiffel Tower sampaikan amik video waktu malam masa lampu menyala-nyala lagi . . Kak Ayu ada cakap kalau tau aku minat sangat dia bawak pergi sekali buat teman . . Huishhhh ! kalau betul laa sumpah aku tak tolak . . Terus setuju . . Haahahah budak tak tau malu !


Ni rantai yang pertama sekali aku beli kot online


2nd time beli kat Menara Alor Setar je bukan kat Paris !



yang ni kawan ayah pergi Paris yang belikan



yang ni yang Kak Ayu belikan . . Gold warna sebab waktu malam eiffel towerkan ada lampu



Susunan mengikut ketinggian . . Hambek kau ! Besor giler Kak Ayu bagi . .


Yeay ! Dah ada empat dah eiffel tower . . Nak tambah lagi laa ! Haa by the way, senang je nak bezakan Eiffel Tower ni dari Paris or beli kat Mesia je . . Kalau betul-betul dari Paris ada tulisan Paris or France kat Eiffel Tower tuu . . Kalau beli kat Mesia memang tak ada perkataan tuu . .


Nak buat sesuatu yang menarik tanpa mengeluarkan duit yang banyak ?


Assalamualaikum


1. Hiasan di dinding : Penting tau sebab bila tengok dinding kosong or penuh dengan nota je otak pun rasa malas nak belajar . .











2. Tempat simpan alat tulis









3. Hanger

Cara mudah nak masak . . Tak payah nak pegang-pegang buku . .




4. Bread tab









5. Wire or cable







AHHAHA . . ni saving tahap melampau . . Tapi tetap cantik :D

gambar ni tak ada kaitan . . Cuma sesuai untuk ibu-ibu yang ada anak kecil nak bawak anak-anak pergi jalan-jalan . . 



Kisah handphone dan aku





Masa zaman sekolah menengah dulu mak ayah aku tak bagi aku adik-beradik pakai handphone langsung sebab takut kita orang adik-beradik banyak main walaupun masa tuu handphone tak ada laa canggih macam zaman sekarang . . Dulu aku memberontak gak mak ayah aku tak kasik sebab orang lain pun ada . . Aku pernah gak ar pikir macam ni dulu uishh kenapa laa ma ngan abah aku tak nak beli sedangkan mampu aje . . Kalau dulu aku kena pakai handphone burok pun tak kesah asal ada handphone sudah. . Tuu pun aku rasa dah bersyukur sangat . . Tapi kang bila aku pikir-pikir balik kenapa aku nak pakai sangat handphone dulu-dulu pun aku tak ada jawapan . . 

Sekarang bila ada aku campak handphone merata-rata jaa . . HAHAHA . . Nak-nak sekarang aku tengah melangut kat rumah memang handphone tuu duk ateh katil je laa jawabnye . . Siap silent sekali . . Ingat lagi, sampaikan pakwe aku pernah usik sorok handphone aku . . Masa tuu dia and kawan kita orang nak hantar aku ngan roomate balik blok, pastu dia panggil aku dan cakap cuba cari apa yang hilang . . Aku cari-cari baru perasan dompet ngan handphone aku hilang, aku terus ajak pergi cafe balik pastu dia gelak je . . Aku marah laa dia . . Dia pun kasik harta karun aku tuh . . Aku gelak je balik sebab malu weyhh . . Macam mana laa aku leh cuai tapi aku pelik gak cam mana dia sorok purse aku yang besar gedabak tuu ?? huh ?? Masa tu dia tak marah cuma nasihat aku jangan cuai . . Tapi aku tetap sama . . Banyak kali dah aku cuai dan dia laa yang kasik . . Tuu aku tak cerita agi kalau kunci bilik + locker aku hilang . . Memang pening laa nak mencari benda kecik tuu . .


Oke nak di jadikan cerita, adik-beradik aku nii semua besar-besar dah . . Kak long aku umur 23 tahun and yang last sekali adik aku umur 19 tahun . . So kiranya kita orang tak ada lah adik kecik, tapi aku ada laa sorang sepupu nii dia selalu suka sangat datang rumah aku, menatang (bahasa utara) apa yang dia suka pun aku tak paham, padahal nak cakap ada kawan sebaya ngan dia memang tak ada laa kan . . So aku pun anggap dia macam adik-beradik aku jugak laa . . Dia kalau datang selalu mengarut nak handphone laa, nak suruh daftar facebook laa . . Aku tak pernah layan kerenah dia tuu. . Kang tak pepasal lak mak ayah dia marah, sapa susah . . ? Yang aku terkejutzzzz tahap chimpazi menggila kat zoo tuu, dia cakap kawan dia ada handphone and facebook . . Woiiii sapa tak terkejut weyhhhh, umur baru 8,9 tahun macam tuu dah ada handphone . . Memang tak salah nak bagi untuk keselamatan anak-anak tapi aku rasa buruknya lagi banyak dari baiknya . . Aku tabik spring laa ngan mak cik dan pak cik aku ni, walaupun dia orang tersangatttttttttt amattttttttt laa mampu nak bagi tapi dia orang tak bagi sebab dia orang tahu tak elok . . Aku rasa kalau mak ayah nak bagi tuu seelok-eloknya pikir laa 10kali dulu . .


Mak ayah aku bagi kita orang pakai handphone bila abis PMR . . Bila nak masuk form 4 kena rampas balik . . Then, bila abis SPM baru boleh balik handphone . . Sekarang tak ada dah nak rampas macam dulu . . Bila dah ada handphone tak nak guna pulak kan aku . . Maksudnya masa tuu syaitan r menghasut (sikit-sikit salah setan) padahal diri sendiri yang tak boleh nak kontrol . . Bila ingat balik masa aku belajar high school perangai aku jahat gak ar sebab pernah pinjam handphone kawan pastu kantoiiiii ar ngan mak ayah aku pakai handphone . . Mak ayah aku marah jugak ar . . Salah diri sendiri kang pastu kena laa terima bebelan mak ayah aku . . Hee . .


curik dari mr.google


Bila aku dah pakai handphone ni, aku tak gila nak tukar handphone canggih-canggih nii. . Aku lagi suka pakai handphone buruk nii sebab apa ?? Sebabbbbb boleh gayut lama-lama . . Kalau pakai handphone canggih, haram jadah ar weyhh nak gayut lama . . Pastuu taik telinga mula ar cair sebab panas (tipu tahap gaban) . . Handphone (gambar dari hasil curian) tuu jugak yang aku sayang . . Tapi handphone ni berbaloi-baloi kalau nak bergayut jee laa . . Kalau nak pakai whatsapp, wechat, instagram tetap kena pakai handphone classs ken . .


Korang ada baca tak yang Fatin Liyana cakap dia memang lain sikit tuu ?? Kalau tak baca entry tuu boleh pergi SINI . . Haa kat dalam entry tuu ku berkenan laa nak beli benda alah ni . .


hasil curian lagi


Kalau pakai benda alah ni senang je nak gayut . . Berjam-jam pun tak apa . .Kalau pakai handphone kan handphone kan cepat panas . . Pastu pakai earphone sakit pulak telinga . . Kalau pakai benda nii senang sikit . . Kalau gayut-gayut tertido tak ada risau sangat . . Aku usha-usha jumpa laa page yang jual benda ni . . RM38 je kot . . Boleh pergi Okjom.com kalau ada yang nak beli benda ni . .



Jerawat dan tahap kesihatan


Assalamualaikum


Jerawatt ??!!! Jerawat satu masalah untuk semua golongan wanita mahupun lelaki . . Tetapi impak pada perempuan lagi besar kot (mungkin) ?? Bayangkan perempuan sanggup menghabiskan banyak wang untuk berbelanja jika ada jerawat . . Beruntung kauu kalau tak ada jerawat . . !

Muka aku tak ada laa sebersih dan sesuci mana pun . . Kadang-kadang aku rasa jeles jugak bila nengok muka orang bersih, suci nii . . Alhamdulillah, sekarang aku tak ada dah jerawat mungkin sebab banyak minum Sky Juice and tidur cukup kot . . Masalah aku hanya satuu jeee ! Parut jerawat . . Stress aku ! Harii tuu kan aku ada pergi kat blogshop nii sebab nak usha harga inner neck satin and bedak arab pastu aku tertekan link apatah waktu duk cari-cari . . Then tetiba pergi kat facebook depa pastu aku scroll scroll jumpa laa pasal jerawat dan tahap kesihatan . . So mungkin ada lagi yang tak tahu aku pun nak share laa . .





So aku copy paste je laa apa yang owner tuu cakap yee . .

1&2: Sistem pencernaan - Kurangkan makanan segera, lemak & tingkatkan pengambilan air suam.
3: Hati - Kurangkan makanan berminyak dan bahan tenusu.
4,5&7: Kurang minum air - Tingkatkan pengambilan air suam
6: Jantung – Jaga tekanan darah. Kurangkan makan pedas dan daging. Tingkatkan pemakanan kaya Omega-3
8: Buah pinggang - Anda mungkin kurang minum air. Lebihkan minum air masak dan kurangkan garam dan kafein.
9&10: Pernafasan – Elakkan badan dari menjadi terlalu panas, kurangkan gula dan banyak bersenam.
11&12: Hormon – Stres dan hormone punca utama. Pastikan tidur yang cukup, lebih minum air & tingkatkan sayuran.
13: Usus – Lebihkan makanan berserat, banyakkan minum teh herba.
14: Penyakit – Badan anda mungkin sedang melawan bakteria untuk elakkan dari sakit. Banyakkan berehat dan berfikir positif 


aku percaya yang dye cakap nii sebab

1 & 2 : aku tak ada jerawat . . Yang ada pun parut yang lama . . Mungkin sebab aku banyak minum Sky Juice and kurang sangat bab makan fastfood ni . .

3 : tak ada sebab aku memang takkk sukaaaa makan makanan yang berminyakkk niii . . Sebab tuu aku tak suka makan nasi goreng sebab aku rasa bila aku makan minyak melekat kat kerongkong aku . . Pastu time tuu jugak aku duk sedut air banyak-banyak nak suruh hilang rasa berminyak tuu . . Perut akuuuu pun boleh buncit . . So dari perut aku buncit baik aku tak payah makan terus . .

4 & 5 : 4 dan 5 aku ada parut je . . Masa sekolah dulu aku kurang sangat minum air . . Bila belajar kat matrik aku selalu minum air so jerawat tak ada laa. .

6, 7 & 8 : alhumdulillah tak ada . . Susah sangat nak timbul kat situ so means, jantung and pinggang aku baik aje meyh :D

9, 10, 11, 12 & 13: Ahaa !! This part laa banyak sangat parut jerawat aku . . Kalau ada jerawat mostly kat sini laa . . Aku pun stress ! Sebab tempat lain macam terlindung tau bila pakai tudung . . Kalau kat sini macam mana aku mahu lindung meyh ?? Nampak jelas dan nyata . . Aku percaya owner ni cakap sebab aku memang kurang bersenam, kurang makan sayur & buah (kalau makan sesetengah sayur aku muntah, aden pun tak tahu kenapa) dan kalau aku stress pun cepat je jerawat ni naik . . tapi nasib baik semua kecik-kecik . . memang susah r aku nak keluar jerawat batu . .

14 : Langsung tak ada :)


So korang cek laa korang punya ye . . Mungkin ni dapat membantu . . Thanks pada De' Myra Shop sebab membenarkan saya untuk letak dalam blog . .


Kredit : De' Myra Shop


p/s : kalau berminat nak beli barangan dengan De' Myra shop pergi sini



Goodbye June, Hello July !


Assalamualaikum




Hari ni hari terakhir bulan Jun . . Sedar tak sedar pukul 12 nanti dah masuk bulan Julai . .Rasa macam tak percaya pun ada . . Bulan ni bulan yang bakal mendebarkan buat semua lepasan KOLEJ MATRIKULASI dan STPM (diploma tak sure bila keluar) ! Ya Allah, harap-harap dapat kos dan universiti yang terbaik untuk aku dan rakan-rakan yang lain . . Amin ! Minggu ke-dua bulan julai dah keluar tapi berapa hari bulan tak tau lagi . . Berdebarrr sangat ohhh !!! Nak keluar jantung nii haa !!! kalau boleh nak bagi semua orang dengar jantung aku ni berdeguppppp >..< JULY PLEASE BE NICE TO ME !! PLEASE !!!!!