Home About Tips Info Recipes Quotes

Tips DIY Masker Mudah Dan Murah


Assalamualaikum


Macam mana nak buat masker senang dan murah ? Sebelum ni asyik beli je masker tapi satu pun tak sesuai ngan kulit muka sebab kulit sensitif. . Selalu beli mesti naik jerawatttt lagi banyak lepas tu dah la masker ni mahal ! Akhirnya saya jumpa masker senang sahaja untuk semua orang buat dan tak guna kos yang banyak . . I am pretty sure harga dia below RM5 (if dah ada madu la bcoz madu mahalkan) Kalau beli  masker yang kat kedai kebanyakkannya guna chemical so i prefer natural face mask because of my sensitive skin . . Kalau kulit muka awak sensitif lets try this one :) Insya'allah, dapat membantu.


gambar ihsan dari gogogoole 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :



   Sediakan satu bekas kecil, kalau nak hak besaq pun tak hape dan satu sudu kecil



   1 sudu kecil susu (jenama apa pun tak kisah asalkan susu)

Manfaat susu : Melambatkan garis-garis halus dan kedutan, mengurangkan pertumbuhan jerawat yang berleluasa (hehe), memastikan kulit lembap dan sihat, mengekalkan kulit anjal serta menggalakkan kulit muda sentiasa (yeah)



   1 sudu kecil madu (madu apa pun tak kisah tapi lagi bagus madu tanpa campuran)

Manfaat madu : Madu dapat memelihara kelembapkan kulit, membunuh jerawat terutama jerawat merah tuu, dapat memudarkan noda, bintik-bintik hitam serta jeragat. Dan yang paling best dapat melambatkan proses penuaan. (madu paling banyak manfaat)



   1 Sudu kecil jus lemon (asingkan biji lemon)

Manfaat lemon : Jus lemon biasanya digunakan untuk merawat jerawat, pudarkan bintik hitam dan mengawal kulit berminyak. Lemon juga dapat memudarkan parut jerawat, mencerahkan kulit kusam dan tona kulit. Mengetatkan serta mengecutkan liang-liang besar serta juga melambatkan garis-garis halus dan kedutan.



   2 sudu kecil putih telur

Manfaat putih telur : Putih telur dapat mengatasi kulit berminyak serta mengecilkan liang-liang besar pada permukaan kulit. Ia juga dapat melembapkan kulit muka serta mengurangkan kedutan.



Campur kesemua bahan di dalam bekas dan hasilnya seperti di atas. . Masker hanya digunakan dua kali seminggu jadi sebab tu saya guna kuantiti sedikit. . Membazir amalan syaiton  Kuantiti di atas adalah untuk kegunaan sehari sahaja. Setelah siap, basuh tangan dengan sabun (pastikan cuci) kemudian bolehlah sapu ke muka.Oh ye ! Jangan lupa tutup kepala kot-kot sat g kena rambut susah pulak nak cuci . . Guna mask dalam masa 1 jam saja oke ?!



Masih ada lebihan tadi walaupun saya hanya guna 1 sudu kecil. Jadi saya sapu masker dua kali . Kali ke dua dalam masa setengah jam selepas pakai masker yang pertama (tak perlu bilas yang pertama). Bila dah cukup sejam, boleh la cuci. 

Pastikan cuci dengan air suam kerana madu melekit dan pastikan cuci sehingga betul-betul bersih. Setelah itu, cuci muka dengan air sejuk atau ambil ais sapu di muka tujuan untuk menutup balik pori yang terbuka tadi.



 Nak guna madu + lemon sahaja pun boleh
 Nak guna lemon + putih telur sahaja pun boleh