Home About Tips Info Recipes Quotes

Korang tengah mencari kerja ?


Assalamualaikum




Ada sesiapa yang tengah mencari kerja tak ? Kalau korang tengah mencari kerja part time atau tetap, esok Jumaat 22 Ogos 2013, boleh laa pergi Karnival Kerjaya di Hotel Tabung Haji Kuala Terengganu . . Tak tahu kat mana ?? Alaa kat depan stadium yang kat airport tuu . . Hee sorry laa ye kalau bukan orang Terengganu cheq tak ley nak tolong . . 


Dengar cerita banyak syarikat so korang cuba laa usha kerja apa yang kosong atau apa yang korang minat dan jugak mingikut kelayakan . . Tapi ! Tak silap aku laa dia nak lepasan SPM je . . Kalau korang ada degree atau diploma tak boleh yee . . Tapi kalau nak jugak korang jangan laa cakap korang ni lepasan degree atau diploma . . Cakap je laa lepasan SPM . . Selebihnya pandai-pandai laa hampa bagi alasan . . Sementara korang duk tunggu kerja tetap buat laa part time dulu . . Duit pun masyuk . . hehe . . At least nanti kita ada pengalaman :) Nak tahu selebihnya pergi je laa besok kat sana ok :D


p/s : Esok dia buat interview tauu . . Try laa bawak resume kot-kot depa nakkan . . Pastu bawak laa apa-apa yang patut . . Eh ! Try laa tanya kot-kot ada kerja untuk diploma atau ijazah ye . .


Header dan template berwajah baru


Assalamualaikum


Haiii hari ni iolls rajin sikit nak godek-godek code edit blog . . Sebab aku rasa blog aku yang dulu macam keling je . . HAHA . . Ye laa sebab semua warna ada . . Aku pun pening tengok . . Semak mata oii semak . . Kalau aku, tuan punya blog ni tengok semak korang yang datang berkunjung blog aku mesti berganda-ganda rasa semak . . kihkih . .

Background aku kali ni sedikit pondan yee uolls . . Bungee bungeean gituu . . Nampak tersangat laa ayu dan sopan santun yeew . . Well well well, harus laa nampak pondan sikit biar sesuai sikit ngan nama aku . . Miahaha . . Perasan sat . . Walaupun hakikatnya luaran aku tidak laa sesopan santun dan seayu nama mak ayah aku kasik . .

So aku dicide tema blog aku ni warna pink ngan biru laa . . Sebenarnya aku dulu anti giler tahap chimpazi mengiler kat zoo tuu haa ngan warna pink . . Tapi lama-lama aku jadi jatuh hati/cinta lak ngan pink nih . . Semua benda nak pink tapi kereta dan rumah aku tak nak pink . . Heeuuheuuu . . Banyakk lak aku cakap ye macam laa korang kesah . . Tampo sikit pipi biaq sedar sikit tak ada orang kesah pun kat kau ni :(



Maaf laa ye blog aku nii hudoh nak banding ngan blog korang
sobsobsob
So nampak tak tema aku kaler pink + blue tuu ??
Omeyyy nyee macam kaler baju baby gegirl ngan baby boboi laa (gedik)

Header aku kali ni bukanlah nak menunjuk aku ni warak, baik, alim dan sewaktu dengannya . . Jangan laa salah faham ye . . Aku bukan lahhh baik sangat ! Aku ni jahil jugak . . Banyak lagiii ilmu yang aku nak kena belajar . .

"I'm not a perfect Muslim but now onwards I'll strive for perfection. Insya'allah, amin amin amin !"

Untuk peringatan diri aku sendiri sebenarnya. . Supaya nanti aku tengah duk bengang ngan someone ni pastu hapdate dalam blog ! Oh no no no !!!! Itu bukan penulisan yang bagus . . Nanti bukan orang tengok someone tuu yang teruk . . Orang tengok aku yang teruk . . Hoho . . So better laa aku letak note besau gedabak kat header biaq aku tak buta >..<


Maaf yee kawan-kawan, teman memang macam ni . . Bila dapat keyboard tak boleh henti menaip . . Sekian !

Pray For Egypt


Assalamualaikum



Seperti sedia maklum, semua orang dah tau keadaan di Mesir sekarang macam mana . . Sedang kita masih dalam mood raya tapi mereka pula ? Fikir-fikirkanlah . .

Pernahkah korang terfikir bangun esok pagi negara kita macam negara mereka . . ? Allahu, takut sangat . . Semoga di jauhkan . . Mereka sudah tahu kematian mereka bila berlaku sama ada hari ini, besok atau lusa . . Tapi kita pulak macam mana ? Mereka syahid di jalan Allah, tapi macam mana kita meninggal kita tak tahu . . Ya Allah, bertuah mereka dapat menjadi ahli syurga . . Semoga kita juga menjadi ahli syurga kelak . . Amin amin amin !

Tadi waktu tengah like ternampak komen ni . . Aku pun pernah terfikir pasal ni . .
al-fatihah


Sekarang kita hanya mampu berdoa untuk mereka . . Jangan lupa doakan mereka setiap kali selepas solat . .


Dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA ini telah jelas bahawa Allah SWT sangat menganjurkan bagi semua hambanya untuk saling menolong. Disebutkan di atas bahawa Allah sentiasa memberikan anugerah dan rahmat-Nya kepada para hamba dengan mudah bila dia mahu membantu saudaranya sesama muslim.
Tidak saja di dunia, nanti di akhirat akan menghilangkan darinya beban dari beban-beban di akhirat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW,
"Barang siapa yang meringankan beban orang mukmin di dunia, maka nanti pada hari kiamat Allah akan meringankan beban darinya beban-beban hari kiamat"




jangan lupa baca terjemahannya sekali


Kat sini UNIC ada buat lagu nasyid Qunut Nazilah sekali ngan terjemahannya . . Boleh laa kita amalkan masa duk dalam kereta ke mana-mana je laa . . Amalkan ya :) Tak perlu keluarkan duit atau apa-apa barang just doa je . .



Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen. CC to annamir2u .

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013


Assalamualaikum


gambar lama -__- merapu giler ayat aku . . Ignore ignore !
giler ahhh ! bulatnya muka aku time nih !

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin buat semua blogger dan buat semua umat Islam di seluruh dunia . . Ye ye aku tau aku lambat tapi tak apalah aku nak ucap jugak :p Ye laa semua orang dok update, aku nak jugak update . . miahaha

Macam mana raya korang, best tak ?? Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk merasa syawal tahun ni :) Actually tahun nii tak rasa nak beraya sangat, haku rasa biasa-biasa jaa . . Tapi seriesly, raya tahun nii lebih memenatkan berbanding tahun sebelum-belumnya mungkin sebab aku tak sihat . . Yes ! Sangat tak sihat . . Selsema dan batuk . .

Tahun nii pun aku rasa banyak kenduri kahwin . . Penat dohhh pergi kenduri sebab banyak sangat -_____- Selamat pengantin baru buat semua pengantin yang baru kahwin musim raya nii ye . . Semoga kekal hingga ke anak cucu :D

So macam biasalah, setiap kali syawal mesti aku dan family pergi solat aidilfitri dulu lepas tuu baru bermaaf-maafan ngan mak ayah dan adik-beradik . . Kemudian baru pergi ke rumah nenek-nenek aku . . Ingatkan dah besar gedabak tak dapat lagi duit raya, tapi alhamdulillah dapat jugak . . walaupun sikit je orang yang bagi tapi jumlahnya lagi besarrrrr . . muahahahahahhaha . . ! Oke, kita raya bukan nak dapat duit raya tahu ! Kita raya sebab nak eratkan silaturahim . . Ingat tuu ! :D

Baju raya korang beli siap atau tempah jahit ? Kalau family aku tiap-tiap kali raya mesti tempah jahit . . Tapi tahun depan dan lepas ni tak tempah dah, terus beli siap . . Baju raya ke-2 dan ke-3 aku suruh cousin aku yang jahitkan . . Aku suka dia jahit sebab best . . Lagi 1 sebabnya, aku nak baju aku besar, tak nak ketat . .


Baju raya pertama . . 
Tak masuk langsung tema keluarga aku :3



Baju raya ke-2 . . 
Hari ini mak Jemah merah uolls :p



Baju raya ke-3 . . 
Nampak sedikit pondan (ayu) -__-

Selalu (tak ada laa selalu) time raya je aku make-up . . Eyeliner aku boleh tahan 2, 3 tahun laa akibat jarang guna . . Aku guna time ada event je . . Kalau tak jangan harap laa aku nak pakai . . Kalau aku keluar tahap rajin giler aku akan pakai  bedak je tapi kalau aku malas tahap the babun memang aku tak pakai langsung laa bedak . . Muahahaha . . Rajin sungguh aku kan :p So time raya nii, aku rasa better laa make-up nipis-nipis je tak yah laa nak pakai make-up tebal-tebal sakit mataaa oiii orang nengok kau >..<

Lawa sungguh muka aku yee guna camera 360 -___-
walhal muka sebenar tak secantik sesuci semurni macam nii
and pelizz ignore idung aku yang merah dan mata berair tuu 


Simple jee aku make-up macam tak make-up pun ado :3
and Girls, don't forget to cover your chest ! :)




ni je make-up yang aku guna time raya . . Simple kan ?
tuu semua kakak aku punya, bedak Ronasutra tu je aku punya . .
btw, aku kurang suka sikit pakai make-up ni sebab rasa rimas,
pakai 4 barang nii pun aku rasa tak selesa dah . .
sebab tuu kalau tahap malas mmg aku tak pakai lgsg bedak



teringin jugak nak pakai eyeliner macam nii tapi tak pandai laa
nak jugak pakai lipstik cam gini tapi mana sesuai
kulit aku hitam macam negro lain laa kalau putih melepak macam Taylor Swift


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN !! MAY ALL OF YOU HAVE A JOYFUL HARI RAYA :)

Resepi Puding Triffle


Assalamualaikum


Semalam aku rajin sikit masak so meh laa nak share cara buat Puding Trifle ni . . Sangat senang ! Ingat nak update semalam tapi tak jadi sebab nak kena rasa dulu best ke tak . . Nasib baik best so boleh laa share . . Takkan nak share benda yang tak best pulak nanti membazir pulak korang buat . . hewhew banyak pulak aku cakap ye . . meh meh kita main masak-masak :D


Bahan-bahan yang kita perlukan ;
 Kek gulung/ Swiss Roll ( aku pakai dua paket sebab aku punya pendek dan nak guna banyak )
 Susu Cair 1 Tin
 1 Tin Cocktail/ apa-apa buah yang korang suka, strawberry, kiwi etc
 1 Kotak/paket Jelly ( perisa ikut suka )
 1 tin air kosong ( lupa nak tangkap gambar )
 Tepung Kastad
 Yogurt/whipping cream ( aku pakai yogurt perisa terus sebab lagi best)

Mula-mula korang potong dulu kek gulung/swiss roll ni . . Kalau boleh jangan tebal dan jangan nipis . .

Lepas dah potong korang masukkan Swiss Roll tadi ke dalam bekas (Kalau boleh jangan ada ruang langsung) dan tekan sikit bagi rapat-rapat . . Lepas dah siap susun korang ambik air cocktail tuang sikit-sikit atas kek tadi sebab nak bagi rasa lembut kalau tidak nanti keras tak sedap . .

Ni contoh dalam dulung . . Aku buat dalam bekas tu sebab buat satu sorang . . Kebetulan nenek aku datang so hidang macam tuu laa . . Dulang ni pulak untuk sapa-sapa yang nak tambah
Kemudian masukkan tiga sudu tepung Kastad
 1 tin susu cair
 1 tin air kosong
(nanti korang kacau sampai hilang ketul-ketul tau & tutup kipas kalau tak nanti keras)
**susu dan air kosong aku tak snap sebab mangkuk ni tak cukup nak menampung kuantiti banyak

  Ni contoh selepas dah masukkan air ngan susu . . Dia akan jadi kaler macam ni . .
 Letak atas api yang sederhana

 Letak 1 senduk gula . . Aku buat ni pun tak manis sebab ayah aku kurang makan manis-manis ni . . Kalau nak lebih manis taruk laa banyak mana pun yang korang suka

  Masa tengah panaskan kacau tanpa henti tau !
 Agak-agak nak keras korang angkat terus

Letak dalam bekas yang isi Swiss Roll tadi . . Korang buat laa sampai jadi rata dan tutup kek tadi . . Kalau nak buat tebal letak banyak . . Aku letak sederhana je sebab tak nak tebal-tebal 


Abeh comot yang tu satu >< maleh aku nak sapu . . Korang rajin buat laa cantik-cantik ye :D

Lepas tuu masukkan Cocktail atau apa-apa buah yang korang suka (tekan sikit supaya nanti tak timbul waktu letak jelly) . .
Btw, mak aku cakap tak lawa letak Cocktail time ni . . Mak suruh letak Cocktail lepas letak jelly . . So korang ikut suka laa nak buah kat mana)




Kemudian, letak 400ml air ke dalam serbuk Jelly . . Korang kacau bagi rata dulu kemudian baru letak atas dapur ngan api sederhana . . 

Bila jelly dah agak-agak nak keras, korang letak jelly atas bekas tadi . .AMARAN ! Jangan tuang ! Korang kena pakai sudu or senduk kalau nak letak jelly kalau tidak jadi macam gambar kat bawah 

Bila korang tuang, tepung kastad yang kita buat tadi timbul . . Nampak tak ada kaler kuning yang terapung tuu . . Oke dah siap so boleh laa makan . . 

Letak yogurt selepas jelly tuu keras (tak ada laa keras mana sbb memang spesis jelly ni lembik) 
Yogurt tuu aku dah kisar pakai mesin buat kek . . Nampak macam ais krim pulak :D
Mak aku cakap tak lawa sapu semua macam ni so dye suruh buat macam kat bawah 

Haa dah siap ! Boleh laa makan . . Best tau letak yogurt sebab rasa masam manis . . Kalau nak letak whipping cream pun boleh . . 

Sekian dari saya :D Selamat mencuba . . Kalau tak faham boleh laa tanya