Home About Tips Info Recipes Quotes

Resepi Puding Triffle


Assalamualaikum


Semalam aku rajin sikit masak so meh laa nak share cara buat Puding Trifle ni . . Sangat senang ! Ingat nak update semalam tapi tak jadi sebab nak kena rasa dulu best ke tak . . Nasib baik best so boleh laa share . . Takkan nak share benda yang tak best pulak nanti membazir pulak korang buat . . hewhew banyak pulak aku cakap ye . . meh meh kita main masak-masak :D


Bahan-bahan yang kita perlukan ;
 Kek gulung/ Swiss Roll ( aku pakai dua paket sebab aku punya pendek dan nak guna banyak )
 Susu Cair 1 Tin
 1 Tin Cocktail/ apa-apa buah yang korang suka, strawberry, kiwi etc
 1 Kotak/paket Jelly ( perisa ikut suka )
 1 tin air kosong ( lupa nak tangkap gambar )
 Tepung Kastad
 Yogurt/whipping cream ( aku pakai yogurt perisa terus sebab lagi best)

Mula-mula korang potong dulu kek gulung/swiss roll ni . . Kalau boleh jangan tebal dan jangan nipis . .

Lepas dah potong korang masukkan Swiss Roll tadi ke dalam bekas (Kalau boleh jangan ada ruang langsung) dan tekan sikit bagi rapat-rapat . . Lepas dah siap susun korang ambik air cocktail tuang sikit-sikit atas kek tadi sebab nak bagi rasa lembut kalau tidak nanti keras tak sedap . .

Ni contoh dalam dulung . . Aku buat dalam bekas tu sebab buat satu sorang . . Kebetulan nenek aku datang so hidang macam tuu laa . . Dulang ni pulak untuk sapa-sapa yang nak tambah
Kemudian masukkan tiga sudu tepung Kastad
 1 tin susu cair
 1 tin air kosong
(nanti korang kacau sampai hilang ketul-ketul tau & tutup kipas kalau tak nanti keras)
**susu dan air kosong aku tak snap sebab mangkuk ni tak cukup nak menampung kuantiti banyak

  Ni contoh selepas dah masukkan air ngan susu . . Dia akan jadi kaler macam ni . .
 Letak atas api yang sederhana

 Letak 1 senduk gula . . Aku buat ni pun tak manis sebab ayah aku kurang makan manis-manis ni . . Kalau nak lebih manis taruk laa banyak mana pun yang korang suka

  Masa tengah panaskan kacau tanpa henti tau !
 Agak-agak nak keras korang angkat terus

Letak dalam bekas yang isi Swiss Roll tadi . . Korang buat laa sampai jadi rata dan tutup kek tadi . . Kalau nak buat tebal letak banyak . . Aku letak sederhana je sebab tak nak tebal-tebal 


Abeh comot yang tu satu >< maleh aku nak sapu . . Korang rajin buat laa cantik-cantik ye :D

Lepas tuu masukkan Cocktail atau apa-apa buah yang korang suka (tekan sikit supaya nanti tak timbul waktu letak jelly) . .
Btw, mak aku cakap tak lawa letak Cocktail time ni . . Mak suruh letak Cocktail lepas letak jelly . . So korang ikut suka laa nak buah kat mana)




Kemudian, letak 400ml air ke dalam serbuk Jelly . . Korang kacau bagi rata dulu kemudian baru letak atas dapur ngan api sederhana . . 

Bila jelly dah agak-agak nak keras, korang letak jelly atas bekas tadi . .AMARAN ! Jangan tuang ! Korang kena pakai sudu or senduk kalau nak letak jelly kalau tidak jadi macam gambar kat bawah 

Bila korang tuang, tepung kastad yang kita buat tadi timbul . . Nampak tak ada kaler kuning yang terapung tuu . . Oke dah siap so boleh laa makan . . 

Letak yogurt selepas jelly tuu keras (tak ada laa keras mana sbb memang spesis jelly ni lembik) 
Yogurt tuu aku dah kisar pakai mesin buat kek . . Nampak macam ais krim pulak :D
Mak aku cakap tak lawa sapu semua macam ni so dye suruh buat macam kat bawah 

Haa dah siap ! Boleh laa makan . . Best tau letak yogurt sebab rasa masam manis . . Kalau nak letak whipping cream pun boleh . . 

Sekian dari saya :D Selamat mencuba . . Kalau tak faham boleh laa tanya

11 comments:

  1. nak try buat lah nanti.. nampak macam senang je.. :-)

    ReplyDelete
  2. wahhh bestnyee ... xnk buat sdiri, nk rase yg ain syima buat .. ley?

    ReplyDelete
  3. @puteri airyn : haa cba laa . . mmg senang :)

    @cik yuyu : HAHA . . boleh aje . . tapi Chef Yuyu masak mesti lg lg sedp :D

    @cik mun : okee slmt mcba :)

    @nur liyana : hee~

    ReplyDelete
  4. wahh..nampak cam sedap..kalu dok dekat kompom dah pi raya kt umah..leh rasa resepi istimewa ni...

    ReplyDelete
  5. wah.. best3.. nak buat.. tapi takut saya buat xmenjadi.. hehe.. tolong buatkan. :D

    ReplyDelete
  6. @mohd azhar : HAHA time raya tak buat puding ni . . try laa buat sendiri senang je :D

    @rubiatul Adawiyah : Hee try laa dear, insya'allah menjadi :) nak tolong buatkn tak boleh laa sbb jauh :D

    ReplyDelete
  7. sedapnya =) ni kalau makan..hbis semua 2..raya hrtu ada bt..tp xbyak..

    ReplyDelete
  8. woah..terliuk dibuatnye! XD
    make one for me? hoho >.<

    ReplyDelete
  9. @S.K.A : haah sedp sbb rsa masam manis . . waaa raya ada buat ? rajinnya . . :)

    @IDAH RASHID : Hee . . boleh boleh . . jemput mai umah ye :D

    ReplyDelete