Home About Tips Info Recipes Quotes

Pray For Egypt


Assalamualaikum



Seperti sedia maklum, semua orang dah tau keadaan di Mesir sekarang macam mana . . Sedang kita masih dalam mood raya tapi mereka pula ? Fikir-fikirkanlah . .

Pernahkah korang terfikir bangun esok pagi negara kita macam negara mereka . . ? Allahu, takut sangat . . Semoga di jauhkan . . Mereka sudah tahu kematian mereka bila berlaku sama ada hari ini, besok atau lusa . . Tapi kita pulak macam mana ? Mereka syahid di jalan Allah, tapi macam mana kita meninggal kita tak tahu . . Ya Allah, bertuah mereka dapat menjadi ahli syurga . . Semoga kita juga menjadi ahli syurga kelak . . Amin amin amin !

Tadi waktu tengah like ternampak komen ni . . Aku pun pernah terfikir pasal ni . .
al-fatihah


Sekarang kita hanya mampu berdoa untuk mereka . . Jangan lupa doakan mereka setiap kali selepas solat . .


Dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah RA ini telah jelas bahawa Allah SWT sangat menganjurkan bagi semua hambanya untuk saling menolong. Disebutkan di atas bahawa Allah sentiasa memberikan anugerah dan rahmat-Nya kepada para hamba dengan mudah bila dia mahu membantu saudaranya sesama muslim.
Tidak saja di dunia, nanti di akhirat akan menghilangkan darinya beban dari beban-beban di akhirat, sebagaimana sabda Nabi Muhammad SAW,
"Barang siapa yang meringankan beban orang mukmin di dunia, maka nanti pada hari kiamat Allah akan meringankan beban darinya beban-beban hari kiamat"




jangan lupa baca terjemahannya sekali


Kat sini UNIC ada buat lagu nasyid Qunut Nazilah sekali ngan terjemahannya . . Boleh laa kita amalkan masa duk dalam kereta ke mana-mana je laa . . Amalkan ya :) Tak perlu keluarkan duit atau apa-apa barang just doa je . .



Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolonganMU, kami meminta ampun kepadaMU, kami memohon petunjuk dariMU, kami beriman kepadaMU, kami berserah kepadaMU dan kami memujiMU dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuriMU. Ya Allah, hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuhan, bantulah saudara-saudara seIslam kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan. Ya Allah, selamatkanlah saudara seIslam kami di Gaza yang dizalimi oleh kekejaman rejim zionis dari segala keburukan dan hindarkanlah mereka segala bala, kerana tiada sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah. Allahumma Aameen. CC to annamir2u .

3 comments:

  1. Kita hanya mampu berdoa. Yakin, ALLAH bersama kite :)
    #PrayForEgypt

    ReplyDelete
  2. Amin..alhamdulillah =) nice sharing..smoga saudara kita disana ttp kuat dan yakin pada Allah..Allah sntiasa bersama mereka

    ReplyDelete