Home About Tips Info Recipes Quotes

Resepi Puding Tauhu


Assalamualaikum


Hari ni rajin sikit aku nak share pasal makanan ni . . Sebenarnya dah lama jugak nak menaip pasal ni . . Oleh sebab perasaan malas yang membuak-membuak tuu ada apa-apa pun aku malas nak buat sampai makan pun aku malas . . kihkih . . Dari semalam aku duk join giveaway je . . Sapa yang follow aku mesti bengang kankankan sebab aku ni macam batak giveaway lak . . Heee . . Ehhhh mane ada . . Aku bukan cam tu oke . . Alang-alang orang bagi kita jangan rebut peluang mana tau kot-kot ada rezeki kan sapa tau . . Ye dak ye dak ?? 

Korang pernah dengar tak resepi ni ?? Mungkin ada yang tak pernah dengar kot . . Kalau korang nak tahu puding niii laaaaaaaaaaaaa puding yang paling paling senang dalam dunia---> bak kata mak aku laa . . So jom kita layan . . Oh ye ! By the way, maaf noe if kualiti gambar kureng memuaskan . . Masa tuu aku amik cikai cikai jaa sebab time tuu aku puasa . .

Kita just guna 5 bahan aje . . Simple kan ? Jom masak 



 5 gelas air gelas ABC (kalau nak guna gelas lain pun boleh)
 1 tin susu cair
 1 tin susu pekat
 1 tin laici
 1 paket agar-agar



Firstly, korang masukkan air dan agar-agar . . Panaskan sehingga cair . . Kalau dah agak-agak agar tuu nak keras korang masukkan susu cair dan juga susu pekat . . Kacau tau supaya agar-agar tak keras . . Bila dah siap korang masukkan dalam bekas. .


Aku taruk dalam tupperware je . . Senang nak letak dalam peti sejuk karang . .


Lastly, korang letak laici kat atas puding tadi . . PERINGATAN !! masukkan laici bila agar-agar tadi agak-agak nak keras . . Contoh macam gambar atas tuu . . Kalau letak time agar cair laici korang akan tenggelam . . Lepas tu letak dalam peti . . Best makan time sejuk . . Puding nii akan ada macam kuah cam tuu laa . . Don't worry tuu bukan tanda tak masak . .

Oke ituu aje caranye . . Simple dan senangkan . . Budak sekolah rendah pun boleh masak daa~~ Haa time puasa nanti boleh laa cuba . . Kalau nak buat untuk jamuan hari raya pun boleh sebab senang sangat nak masak . . Tak ambik banyak masa . . Hope korang sukaaaa  merci for reading blog tak ada apa yang nak di banggakan ni . .

4 comments:

  1. puding tauchu laici, , ,xpernah mkn lgi,,nnti nk try buat,,tgk step senang jgk

    ReplyDelete
  2. haishh... terliuk dh nie... hahaha !

    ReplyDelete
  3. @heirizalieyana try laa cuba :) memang teramat sangattttt senang . . hehe

    ReplyDelete