Home About Tips Info Recipes Quotes
Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Tips DIY Masker Mudah Dan Murah


Assalamualaikum


Macam mana nak buat masker senang dan murah ? Sebelum ni asyik beli je masker tapi satu pun tak sesuai ngan kulit muka sebab kulit sensitif. . Selalu beli mesti naik jerawatttt lagi banyak lepas tu dah la masker ni mahal ! Akhirnya saya jumpa masker senang sahaja untuk semua orang buat dan tak guna kos yang banyak . . I am pretty sure harga dia below RM5 (if dah ada madu la bcoz madu mahalkan) Kalau beli  masker yang kat kedai kebanyakkannya guna chemical so i prefer natural face mask because of my sensitive skin . . Kalau kulit muka awak sensitif lets try this one :) Insya'allah, dapat membantu.


gambar ihsan dari gogogoole 


Bahan-bahan yang diperlukan adalah :



   Sediakan satu bekas kecil, kalau nak hak besaq pun tak hape dan satu sudu kecil



   1 sudu kecil susu (jenama apa pun tak kisah asalkan susu)

Manfaat susu : Melambatkan garis-garis halus dan kedutan, mengurangkan pertumbuhan jerawat yang berleluasa (hehe), memastikan kulit lembap dan sihat, mengekalkan kulit anjal serta menggalakkan kulit muda sentiasa (yeah)



   1 sudu kecil madu (madu apa pun tak kisah tapi lagi bagus madu tanpa campuran)

Manfaat madu : Madu dapat memelihara kelembapkan kulit, membunuh jerawat terutama jerawat merah tuu, dapat memudarkan noda, bintik-bintik hitam serta jeragat. Dan yang paling best dapat melambatkan proses penuaan. (madu paling banyak manfaat)



   1 Sudu kecil jus lemon (asingkan biji lemon)

Manfaat lemon : Jus lemon biasanya digunakan untuk merawat jerawat, pudarkan bintik hitam dan mengawal kulit berminyak. Lemon juga dapat memudarkan parut jerawat, mencerahkan kulit kusam dan tona kulit. Mengetatkan serta mengecutkan liang-liang besar serta juga melambatkan garis-garis halus dan kedutan.



   2 sudu kecil putih telur

Manfaat putih telur : Putih telur dapat mengatasi kulit berminyak serta mengecilkan liang-liang besar pada permukaan kulit. Ia juga dapat melembapkan kulit muka serta mengurangkan kedutan.



Campur kesemua bahan di dalam bekas dan hasilnya seperti di atas. . Masker hanya digunakan dua kali seminggu jadi sebab tu saya guna kuantiti sedikit. . Membazir amalan syaiton  Kuantiti di atas adalah untuk kegunaan sehari sahaja. Setelah siap, basuh tangan dengan sabun (pastikan cuci) kemudian bolehlah sapu ke muka.Oh ye ! Jangan lupa tutup kepala kot-kot sat g kena rambut susah pulak nak cuci . . Guna mask dalam masa 1 jam saja oke ?!



Masih ada lebihan tadi walaupun saya hanya guna 1 sudu kecil. Jadi saya sapu masker dua kali . Kali ke dua dalam masa setengah jam selepas pakai masker yang pertama (tak perlu bilas yang pertama). Bila dah cukup sejam, boleh la cuci. 

Pastikan cuci dengan air suam kerana madu melekit dan pastikan cuci sehingga betul-betul bersih. Setelah itu, cuci muka dengan air sejuk atau ambil ais sapu di muka tujuan untuk menutup balik pori yang terbuka tadi.



 Nak guna madu + lemon sahaja pun boleh
 Nak guna lemon + putih telur sahaja pun boleh



Resepi Puding Laici


Assalamualaikum




Puding Laici ni puding paling senang dalam dunia
Series senang . . Boleh masak sambil tutup mata gituu . .
ekekeke . .

Bahan-bahan yang diperlukan :


 1 paket agar-agar
 1 tin Laici
 1 tin susu cair Marigold ( jenama ikut suka )
 3 biji telur ayam ye . . Bukan telur puyoh ! ngee
  5 cawan air gelas ABC
 1½ cawan gula . . kalau korang suka manis buat laa 2 cawan gula 



Panaskan agar-agar atas dapur macam biasa



Sementara tunggu agar-agar cair kita buat ni pulak ye
Masukkan susu cair, telur, laici dan gula tadi ke dalam pengisar
(Aku punya melimpah payah nak blend so taruk sikit dalam bekas lain)
Lepas dah letak semua tuu kisar laa . .
AMARAN ! Jangan kisar terlalu lama ! Nanti laici hancur tak sedap . .
Atau cara mudah kisar telur, gula dan susu dulu kemudian kisar laici sorang-sorang -..-



so inilah rupa selepas di kisar ye tuan puan datuk datin. .



Bila mendidih macam ni jangan henti kacau . .
Oh ye ! Letak daun pandan nak kasik bau wangi-wangian gitu



Kemudian, bila agar-agar tadi dah masak
Tuang bahan-bahan yang dikasar tadi ke dalam agar-agar
Berbuih-buih macam sabun . . hehe
Ohh ye ! mak cakap masa ni letak secubit garam kerana
ikut sunnah nabi letak garam dalam masakan
Kacau sampai masak tau ! Agak-agak nak keras boleh laa letak dalam bekas
Kemudian tunggu masa untuk keras



Puding ni best sangat makan time sejuk
kemudian boleh laa hidang untuk makan
nyumnyum
Selamat mencuba :)

Menu Makan Malam


Assalamualaikum


Ni laa menu makan malam hari ni
nyumnyum
Macam beli KFC kn . . ekeke



tahap kemalasan melampau
tisu pun aku tak buang -__-



Buat sendiri lagi best
Boleh amik cheese banyak-banyak
Kalau KFC punya sikit je . .


Resepi Puding Triffle


Assalamualaikum


Semalam aku rajin sikit masak so meh laa nak share cara buat Puding Trifle ni . . Sangat senang ! Ingat nak update semalam tapi tak jadi sebab nak kena rasa dulu best ke tak . . Nasib baik best so boleh laa share . . Takkan nak share benda yang tak best pulak nanti membazir pulak korang buat . . hewhew banyak pulak aku cakap ye . . meh meh kita main masak-masak :D


Bahan-bahan yang kita perlukan ;
 Kek gulung/ Swiss Roll ( aku pakai dua paket sebab aku punya pendek dan nak guna banyak )
 Susu Cair 1 Tin
 1 Tin Cocktail/ apa-apa buah yang korang suka, strawberry, kiwi etc
 1 Kotak/paket Jelly ( perisa ikut suka )
 1 tin air kosong ( lupa nak tangkap gambar )
 Tepung Kastad
 Yogurt/whipping cream ( aku pakai yogurt perisa terus sebab lagi best)

Mula-mula korang potong dulu kek gulung/swiss roll ni . . Kalau boleh jangan tebal dan jangan nipis . .

Lepas dah potong korang masukkan Swiss Roll tadi ke dalam bekas (Kalau boleh jangan ada ruang langsung) dan tekan sikit bagi rapat-rapat . . Lepas dah siap susun korang ambik air cocktail tuang sikit-sikit atas kek tadi sebab nak bagi rasa lembut kalau tidak nanti keras tak sedap . .

Ni contoh dalam dulung . . Aku buat dalam bekas tu sebab buat satu sorang . . Kebetulan nenek aku datang so hidang macam tuu laa . . Dulang ni pulak untuk sapa-sapa yang nak tambah
Kemudian masukkan tiga sudu tepung Kastad
 1 tin susu cair
 1 tin air kosong
(nanti korang kacau sampai hilang ketul-ketul tau & tutup kipas kalau tak nanti keras)
**susu dan air kosong aku tak snap sebab mangkuk ni tak cukup nak menampung kuantiti banyak

  Ni contoh selepas dah masukkan air ngan susu . . Dia akan jadi kaler macam ni . .
 Letak atas api yang sederhana

 Letak 1 senduk gula . . Aku buat ni pun tak manis sebab ayah aku kurang makan manis-manis ni . . Kalau nak lebih manis taruk laa banyak mana pun yang korang suka

  Masa tengah panaskan kacau tanpa henti tau !
 Agak-agak nak keras korang angkat terus

Letak dalam bekas yang isi Swiss Roll tadi . . Korang buat laa sampai jadi rata dan tutup kek tadi . . Kalau nak buat tebal letak banyak . . Aku letak sederhana je sebab tak nak tebal-tebal 


Abeh comot yang tu satu >< maleh aku nak sapu . . Korang rajin buat laa cantik-cantik ye :D

Lepas tuu masukkan Cocktail atau apa-apa buah yang korang suka (tekan sikit supaya nanti tak timbul waktu letak jelly) . .
Btw, mak aku cakap tak lawa letak Cocktail time ni . . Mak suruh letak Cocktail lepas letak jelly . . So korang ikut suka laa nak buah kat mana)




Kemudian, letak 400ml air ke dalam serbuk Jelly . . Korang kacau bagi rata dulu kemudian baru letak atas dapur ngan api sederhana . . 

Bila jelly dah agak-agak nak keras, korang letak jelly atas bekas tadi . .AMARAN ! Jangan tuang ! Korang kena pakai sudu or senduk kalau nak letak jelly kalau tidak jadi macam gambar kat bawah 

Bila korang tuang, tepung kastad yang kita buat tadi timbul . . Nampak tak ada kaler kuning yang terapung tuu . . Oke dah siap so boleh laa makan . . 

Letak yogurt selepas jelly tuu keras (tak ada laa keras mana sbb memang spesis jelly ni lembik) 
Yogurt tuu aku dah kisar pakai mesin buat kek . . Nampak macam ais krim pulak :D
Mak aku cakap tak lawa sapu semua macam ni so dye suruh buat macam kat bawah 

Haa dah siap ! Boleh laa makan . . Best tau letak yogurt sebab rasa masam manis . . Kalau nak letak whipping cream pun boleh . . 

Sekian dari saya :D Selamat mencuba . . Kalau tak faham boleh laa tanya