Home About Tips Info Recipes Quotes

Cara senang nak tukar ringtone iphone



Assalamualaikum 
Al-fatihah ! Semoga arwahyarham Ridwan Bin Sabardan semoga di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, Amin ! 


Hi ! Hari ni nak share cara senang nak tukar ringtone iphone tanpa perlu beli ringtone di iTunes ataupun tanpa download apps. Kalau ada yang tak faham boleh laa tanya kat message. Hope membantu korang :)


Step 1 - Step 9 : GUNA LAPTOP
Step 10 : GUNA IPHONE


Step 1 (Pergi ke link di bawah gambar ni)


Step 3


Step 4


Step 5


Step 6


Step 7


Step 8



Step 9 (dari step 8 tadi pastikan ada macam dalam gambar bawah ni)


Step 10 (Setting > Sound > Ringtone)





Resepi : Homemade Pizza (Senang+Murah)


Assalamualaikum 

Tolong doakan, semoga arwahyarham Ridwan Bin Sabardan semoga di tempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, Amin ! Al-fatihah !


Dah lama tak update blog ni, ingatkan tak ada dah yang jenguk tapi still ada lagi. Terima kasih ye :D So, hari ini saya nak kongsi resepi buat pizza senang dan murah sangat. Serius cheqq tak bohong pun. Kalau yang tak berapa nak rajin boleh laa ikut cara ni . . HEHE . . Ada 4 steps je yang perlu buat ! Haa senangkan !! Actually, resepi pizza ni mungkin lebih sesuai untuk kids kot . . Boleh laa buat makan-makan waktu petang, hari minggu . . So lets start :D


Gambar di atas adalah sumber dari DR.Gogogogoogle 


Bahan-bahan yang diperlukan ialah :

1.
Harga untuk satu kotak ni RM8.90, kat dalam ada 2 keping, means 1 keping RM4.45
Murahkan ! Saya ni malas nak uli-uli doh so beli je yang dah siap
Senang dan jimat !

Ni laa rupanya. Sama besaq ngan pinggan.


2.
Cheese saya pilih yang ni sebab murah dan ada tanda halal !
Kalau nak pakai jenama lain pun boleh
Ikut cita rasa masing-masing :)
Yang ni harga dia RM 14.80


3.
Sosej saya pakai jenama NutriPlus. Sedap dan harga dia pun murah je. RM 2.19


4.
Sos pulak saya pakai yang dah ada kat rumah ni je. . hehe
Boleh jugak pakai sos prego atau apa-apa jenis yang kalian suka
Saya tak pernah rasa sos prego takut tak kena ngan lidah jadi saya tak beli, takut membazirkan :p


5. Boleh tambah sayur (saya tak letak sebab takut tak ada orang makan)
Bahan untuk letak kat atas pizza boleh laa pilih nak letak sosej, udang, pepperoni, isi ketam, atau apa-apa yang korang suka dan rasa sesuai untuk pizza ni. Saya nak senang jadi saya beli sosej dan isi ketam je . . hehehe


Bahan-bahan dah cukup, jadi boleh laa buat pizza. 4 steps je nak buat, senang bukan ?


Step 1 : Potong sosej dan isi ketam tadi kecil-kecil



Step 2 : Letak sos tadi ke atas base pizza dan sapu rata.

(Since saya punya oven kecil je, jadi saya potong pizza tu macam ni >.<)



Step 3 : Susun sosej dan isi ketam tadi kat atas base pizza



Step 4 : Lastly, tabur cheese
Kalau rasa nak cheese banyak, tabur banyak lagi



Kemudian, boleh laa bakar dan makan. Saya bakar 10minit je . .
Kalau tak nak pakai oven nak pakai pemanggang ajaib pun boleh jugak
Lepas tu boleh laa di hidangkan dan makan !
Oh ye ! Kat pemanggang tu saya tak letak apa-apa sama ada mentega atau aluminium pun.
Jangan risau pizza tu tak melekat pun.
Hasil pizza ni masak saya tak ada sebab lepas siap je masak pizza terus ngap masuk mulut.
Tak sabar sangat nak rasa. ekeke
Ayah pun cakap sedap . .
So, apa lagi boleh laa cuba :)